BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 26 Februari 2010

kelahiran nabi muhammad S.A.W

Tazkirah Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan. Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

Sabtu, 20 Februari 2010

Kamu dan dia


Adakah kamu dan si dia sehaluan??

Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai beerti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga.

Masalah Pendidikan

Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.

Masalah Usia

Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.




Masalah Keluarga

Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.

Kepercayaan

Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.

Masalah Keupayaan

Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.

Analisis peribadi dengan bulan kelahiarn


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahun untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Rahsia diri wanita


~§æ WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari).
* seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
* Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai
kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai
dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan
mencapai kejayaan dalam perniagaan.
* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering
ersembunyi oleh
air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan
dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat
konservatif,serius dan sederhana.
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah
adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa

~§æ WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).
* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan
menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya
romantis dan tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi
tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang
pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam
t erhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan
orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas
untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~§æ WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari).
* Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari
kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan
inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai
keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap
diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka
sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan
perselisihan atau konflik.
* sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,
untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan
sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~§æ WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac).
* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai
sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,
mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang
yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air
mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga
diri sendiri

Iman


Kalimah iman ialah " HllA :A HlA : "
" Laailahaillallah "
Maknanya " Tiada tuhan melainkan Allah "
Maksudnya " Tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah SWT dan Allah SWT boleh membuat apa sahaja tanpa izin makhluk "
Iman tiada hadnya (batasnya) sepertimana tiada hadnya kebesaran dan keagungan Allah SWT
Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat 3 perkara :
Banyak bercakap tentang Laailahaillallah
Bila orang bercakap kepada kita tentang Laailahaillallah, maka hendaklah kita mendengar dengan tumpuan serta membenarkannya.
Kita hendaklah berdoa memohon iman seperti seorang fakir memohon
Apabila iman kita menjadi kuat, maka dengan izin Allah SWT kita akan dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad SAW.
Kalimah amal adalah " HllA lWsR Dmdm "
Ianya tidak boleh di pisahkan dari kalimah iman.
Yakinlah bahawa seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW adalah keseluruhan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan di dalam mengamalkan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.
Nilai iman
Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh kali luasnya dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walau bau syurga.
Di dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda yang maksudnya lebih kurang :
Allah akan memerintahkan kepada Hari Pengadilan " Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laailahaillallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laailahaillallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah di hargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, " Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu". Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermainkan mereka dan mereka berkata, " Oh Tuhan, kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMU. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". AllahSWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh kali ganda luasnya.

Wanita islam mithaliah


> Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang
> membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
> lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.
>
> Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang
> jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering)
> rosak dan tempat penginapan yang sempit."
>
> Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan,
> sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."
>
> Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
> impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang
> mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan
> berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
> terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk
> ditemui.
>
> Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
> Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk
> pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh,
> dipilih
> wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang
> boleh
> membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.
>
> Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
> perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau
> menerangkan
> lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana
> hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,
> maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."
>
> Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang
> dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
> pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
> itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
> selaras dengan nas-nas syarak.
>
> Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
> suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
> hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.

Realiti kehidupan


Hari ini sebelum kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa tidak sedap terhadap makanan yang dihidangkan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa harta,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang sentiasa memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya tidak dapat melahirkan .

Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang- orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna & tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan merasa hidup dalam kesusahan,
Tersenyumlah dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati hidup ini......... ..........

Sifat romantik Rasullullah


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Penawar dikala kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Khamis, 18 Februari 2010

Janganlah ada sifat ini



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti inijarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonyasendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlahsecara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya

Selasa, 16 Februari 2010

Solat


Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang di kurniakan kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan malaikat Jibrail as.
Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad SAW dan juga solat sahabat-sahabat nabi SAW yang telah belajar terus dari Nabi SAW sendiri.
Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga perkara:
Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat
Apabila kita berdiri dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita 5 perkara :
1. Yakin yang betul dan (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan khusyuk dan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT
2. Bersolat dengan cara Nabi Muhammad SAW. (Membetulkan bacaan dalam solat, dan bacaan al-Quran serta mengetahui masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang masa'il di dalam solat maka kita hendaklah bertanya dengan alim ulama.
3. Berdirilah dalam solat seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita.
4. Membayangkan faedah serta ganjaran yang di janjikan Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
5. Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat.
Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

NILAI SOLAT

Diriwayatkan di dalam Hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima perkara kepada mereka yang menjaga solatnya :
i. Rezekinya pada setiap hari dipermudahkan
ii. Dia di selamatkan daripada siksaan kubur
iii. Dia akan menerima buku catitan amalnya di tangan kanan pada hari pengadilan
iv. Dia akan meniti titian 'siraat' sepantas kilat
v. Dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisap

Doa seorang kekasih



DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ketahuilah wahai wanita



Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang
membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.

Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang
jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering)
rosak dan tempat penginapan yang sempit."

Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan,
sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."

Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang
mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan
berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk
ditemui.

Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk
pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh,
dipilih
wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang
boleh
membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.

Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau
menerangkan
lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,
maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."

Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang
dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
selaras dengan nas-nas syarak.

Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.
serikandiislam4956

Hati Remaja

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah saw : "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Khamis, 11 Februari 2010

Wanita



Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap dapat membaca artikel ini terutamanya sekali kpd para wanita......

ASSALAMUALAIKUM smua...BERTUAHnya mjadi WANITA SOLEHAH...cantik di mata, cantik di hati,INDAH peribadi...
Semoga bermanfaat, betapa Allah meletakkan 'nilai' yang terlalu MAHAL terhadap penciptaan seorang wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana- mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman , macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc... .

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

............ ......... ......... ......... .....

Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua ' lam..
............ ......... ......... ......... ......... ......... ....

Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu, hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan Isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya"- Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". - Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - bnu-majah