BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 16 Februari 2010

Ketahuilah wahai wanita



Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang
membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.

Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang
jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering)
rosak dan tempat penginapan yang sempit."

Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan,
sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."

Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang
mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan
berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk
ditemui.

Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk
pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh,
dipilih
wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang
boleh
membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.

Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau
menerangkan
lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,
maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."

Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang
dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
selaras dengan nas-nas syarak.

Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.
serikandiislam4956

0 comments: