BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 26 April 2010

Rahsia wanita


30 Rahsia Wanita...=)
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. -->setuju
2.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. -->setuju
3.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). -->hmm..quite agree
4.
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. -->setuju
5.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! -->x pasti, ye ke??
6.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. -->yeke?
7.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. -->yep betul tuh,tp utk si wanita jgnla lakukan apa saja benda2 yg negatif,anggaplah mungkin dia bukan terbaik utk kita,dan kembalikan semuanya kepada Allah.
8.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. -->setuju
9.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. -->setuju
10.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. -->ni mmg setuju sgt,jgn sekali2 si lelaki ingat mereka ni bagus sgt! ok..
11.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. -->be cool guyz!
12.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya enghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. -->ish btol ke? huh, cm gedik plak cm tuh.. =p
13.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. -->maybe =), senyum itu sedekah..
14.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. -->yupz,haah btol, slow n steady...
15.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. -->kdgkala dia menolak atas sebab menjaga syariat & maruah dirinya,jadi gunelah alternatif lain
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. -->usaha sambil berdoa dan bertawakkal kpd Allah..
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! -->sorohah ahsan!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. -->hmm..maybe kot..tapi perlu diingat segala pertemuan & perpisahan tu milik Allah,Allah telah mberi peluang pd kita utk lebih mngenali ciri2 manusia yg pelbagai nih agar mjadikan kita lbh dewasa & matang..
16.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. -->ceh siap nk beromantik,klu utk org yg dh kawin sesuaila,sblm kawin mcm2la sibukla nk berpegangan tgn,konon romantik giler cam diorg je yg de couple,tp bile dh kawin hampeh je
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. -->ahaks!ni zaman skola la..
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! -->yep,that's right 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. -->mmg tak disangkalkan
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. -->lelaki camni mmg pengecut,kalau nak, pi la tackle trus ke orgnya la kn..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. -->cinta yg sebetulnya adala di mana 2 jiwa yg saling merindui kerana Allah dalam mencapai keredhaanNya dan mencintai yg SATU,di situla selayaknya hati keduanya bertemu
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. -->kerana ALLAH...
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. -->fuyyo!! btol ke nih?
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… -->tapi kalo nak wat main2 tu takyahla,jgnla mainkan perasaan wanita nih,coz sekali hati mereka dicalit luka,amat payah utk disembuhkan,so pd wanita juga,jgn cepat sgt tpedaya k
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. -->exactly!!!

0 comments: