BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 28 Disember 2010

Mereka yang tak diterima amalannya

Jauhi Sepuluh Perkara Yang Tidak Bermanfaat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup kita di dunai ini perlulah sentasa melakukan perkara-perkara kebaikan dan akan mendatangkan manfaat samaada di dunia ini maupun di hari akhirat.

Ibnu Qoyyim Al Jauziyah mengatakan di dalam Al-Fawa'id bahwa ada sepuluh perkara yang tidak bermanfaat yang patut dijauhi oleh orang Mukmin untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat rahmat-Nya.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama: Memiliki ilmu namun tidak diamalkan.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :"Di hari akhirat nanti orang yang pertama Allah bicarakan ialah seorang yang mati syahid, lalu ia dibawa mengadap Allah, maka diperkenalkan kepadanya akan nikmat yang diberikan kepadanya, memang dia mengetahuinya, Allah berfirman: "Apakah yang kamu amalkan dengannya? "Dia berkata: "Aku berperang kerana menegakkan agama-Mu sehingga aku mati syahid". Allah berfirman: "Kamu bohong! Sebenarnya kamu berperang supaya dikata orang kamu berani, maka memang dikata begitu". Kemudian diperintah supaya dia diseret dengan menyembam mukanya sehingga dicampak ke dalam Neraka.

Seterusnya dibawa pula seorang yang mempelajari ilmu dan mengajar, dan pandai membaca al-Quran. Dia dibawa mengadap Allah, lalu diperkenalkan kepadanya akan nikmat yang diberikan kepadanya, memang dia mengetahuinya. Allah berfirman: "Apakah yang kamu amalkan dengannya?" Dia berkata: "Aku mempelajari ilmu dan aku mengajar, dan aku membaca al-Quran kerana-Mu". Allah berfirman: "Kamu berbohong! Tetapi sebenarnya kamu belajar dan mengajar dan kamu juga membaca al-Quran supaya dikata orang kamu alim dan pandai membaca al-Quran, maka memang telah dikatakan begitu". Kemudian diperintah supaya dia diseret dalam keadaan mukanya disembam sehingga dia dicampak ke dalam Neraka.

Seterusnya dibawa seorang yang dikurnia Allah senang lenang dan diberi kepadanya berbagai jenis harta benda, maka dia dibawa mengadap Allah, lalu diperkenalkan kepadanya segala nikmat yang pernah diberi kepadanya. Maka dia mengenalinya. Allah berfirman: "Apakah yang telah engkau lakukan engan harta itu?" Dia menjawab: "Apa sahaja jalan yang engkau kasihi aku belanjakan harta itu untuknya kerana-Mu." Allah berfirman: "Kamu bohong! Sebenarnya kamu lakukan itu supaya dipuji orang bahawa kamu seorang yang pemurah, memang dikatakan begitu. Kemudian diperintah supaya dia diheret dalam keadaan menyembam mukanya, seterusnya dia dicampak ke dalam Neraka."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seseorang yang berilmu tetapi tidak di amalkan ilmu tersebut atau berilmu tetapi bertujuan untuk mendapat pujian orang ramai supaya digelar alim ulama' maka amalannya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. seperti hadis di atas.

Sebaiknya jika seseorang itu berilmu dan ia amalkan ilmu tersebut maka kedudukannya cukup mulia disisi Allah s.w.t. Rasulullah saw bersabda maksudnya : “Keutamaan seorang ilmuwan atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkn ikan, semuanya berselawat kapada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra.)

Kedua: Beramal namun tidak ikhlas dan tidak mengikuti tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula kedudukkan mahupun harta kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu.Sesiapa memilikki hati yang soleh maka Allah menyukainya., insan yang paling dicintai Allah ialah yang paling taqwa dan ikhlas kepada-Nya.

Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.

Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga.” Lalu ditanya kepada baginda s.a.w. “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.”(Hadis Riwayat at-Tabarani)

Ketiga: Memiliki harta namun enggan untuk menginfakkan.

Harta tersebut tidak digunakan untuk hal yang bermanfaat di dunia dan juga tidak diutamakan untuk kepentingan akhirat.

Sedekah yang tidak ikhlas tidak akan diterima oleh Allah s.w.t dan akan dimasukkan ke dalam Neraka seperti hadis di atas. Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah:271)

Keempat: Hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah.

Hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah adalah hati yang sedang sakit. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran. Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya. Hati yang sakit menyukai kebatilan sedangkan kebatilan itu akan memudaratkannya. Hati yang sakit juga tidak tahu memilih antara kebenaran dan kebatilan, akhir cenderung kepada kebatilan kerana mengikut hati dan perasaan.

Justeru orang yang hatinya sakit sukar untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Apabila melihat sesuatu dia akan melihat manusia yang melakukan atau kejadian semulajadi, lupa bahawa Allah s.w.t yang sebenarnya menjadikan tiap sesuatu. Apabila ditimpa bala dan bencana, mereka melihat manusia yang menyebabkan bala bencana tetapi mereka tidak nampak ia merupakan qada' dan qadar dari Ilahi. Hati jenis ini tidak akan merindui Allah s.w.t dan sukar untuk melaksanakan arahannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat besar disisi Allah s.w.t dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur."

Kelima: Badan yang lalai dari taat dan mengabdi pada Allah.

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan Neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(Hadis Riwayat Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari berkata:“Yang dimaksud dengan al-makarih (perkara-perkara yang dibenci jiwa) adalah perkara-perkara yang dibebankan kepada seorang hamba baik berupa perintah ataupun larangan dimana ia dituntut bersungguh-sungguh mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tersebut. Seperti bersungguh sungguh mengerjakan ibadah serta berusaha menjaganya dan menjauhi perbuatan dan perkataan yang dilarang Allah Ta’ala. Penggunaan kata al-makarih disini disebabkan karena kesulitan dan kesukaran yang ditemui seorang hamba dalam menjalankan perintah dan meninggalkan larangan.

Adapun yang dimaksud syahwat disini adalah perkara-perkara yang dilakukan untuk menikmati lezatnya dunia sementara syariat melarangnya. Baik kerana perbuatan tersebut haram dikerjakan maupun perbuatan yang membuat pelakunya meninggalkan hal yang dianjurkan. Seakan akan Nabi shallallahu’alaihi wasallam mengatakan seseorang tidaklah sampai ke Syurga kecuali setelah melakukan amalan yang dirasa begitu sulit dan berat. Dan sebaliknya seseorang tidak akan sampai ke Neraka kecuali setelah menuruti keinginan nafsunya. Syurga dan Nereka dihijabi oleh dua perkara tersebut, barangsiapa membukanya maka ia sampai kedalamnya. Meskipun dalam hadis tersebut menggunakan kalimat khabar (berita) akan tetapi maksudnya adalah larangan.”
(Fathul Baari 18/317, Asy-Syamilah)

Keenam: Cinta yang di dalamnya tidak ada redha dari yang dicintai dan cinta yang tidak mau patuh pada perintah-Nya.

Seseorang yang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah s.w.t sebenarnya ia tidak mencintai Allah s.w.t. Dan ia tidak redha dengan rahmat-Nya. Sebaliknya apabila kita cinta kepada Allah maka dengan cinta itu kita akan menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintalah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya. Bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan. Dan seterusnya mengajak manusia kepada maaruf dan meninggalkan kemugkaran.

Ketujuh: Waktu yang tidak diisi dengan kebaikan dan pendekatan diri pada Allah.

Manusia yang rugi adalah mereka yang mensia-siakan masa ketika hidup di dunia ini kerana masa itu adalah kehidupan, setiap manusia tidak boleh lari daripada masa. Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berjalan samaada ia digunakan untuk kebaikan atau pun keburukkan. Masa yang sudah berlalu tak akan boleh diganti lagi. Oleh kerana hidup di dunia ini adalah sementara, maka pergunakanlah masa yang ada ini untuk mengerjakan amal soleh sebanyak mungkin supaya masa itu dan bumi yang kita pijak akan menjadi saksi dihadapan Allah bahawa kita telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Kedelapan: Fikiran yang selalu memikirkan perkara yang tidak bermanfaat.

Orang yang rugi adalah mereka yang hanya memikirkan dunia semata-mata, hanya berfikir untuk memuaskan nafsunya saja, nafsu syahwat, mengumpul harta dan mencari kesenangan hidup di dunia tanpa memikirkan halal dan haram.

Jabir bin Abdullah berkata : "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w. maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah s.a.w. dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?

Maka Rasulullah s.a.w. pun berkata : " Dunia itu adalah impian orang yang tidur"

Bertanya orang itu lagi : "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w.?"

Berkata Rasulullah s.a.w. : " Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa'ir"

Orang itu bertanya lagi : "Apakah Syurga itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w. : "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini"

Bertanya orang itu lagi ; "Apakah Jahannam itu?"

Maka berkata Rasulullah s.a.w : "Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka-mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi : "Siapakah sebaik-baik umat ini?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t".

Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi : "Seberapakah ketentuan taat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah"

Bertanya orang itu lagi : "Berapa jarak jauhnya Dunia dengan akhirat itu?"

Berkata Rasulullah s.a.w : "Hanya sekadar memejamkan mata saja."

Jabir melanjutkan cerita : "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu seperti itu."

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ; "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s., dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

Berkata Rasulullah s.a.w lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya".

Kesembilan: Pekerjaan yang tidak membuatmu semakin mengabdi pada Allah dan juga tidak memperbaiki urusan duniamu.

Orang yang rugi adalah mereka yang melakukan amalan dan perbuatan yang menjauhkan dirinya dengan Allah s.w.t. Setiap sesuatu amalannya hanya bermatlamatkan duniawi bukan ukhrawi. Dia akan rugi di dunia dan akhirat. Hidupnya penuh tipu daya dan sia-sia dan setiap amalannya akan menjauhkan dirinya dengan Allah s.w.t. kerana mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Baginya halal dan haram serupa saja dan tidak pernah terlintas dalamn hatinya suatu hari nanti dia akan bertemu dengan Allah s.w.t.

Kesepuluh: Rasa takut dan rasa harap pada makhluk.

Sebenarnya semua makhluk adalah berada pada genggaman Allah. Makhluk tersebut tidak dapat melepaskan bahaya dan mendatangkan manfaat pada dirinya, juga tidak dapat menghidupkan dan mematikan serta tidak dapat menghidupkan yang sudah mati. Dia sentiasa bertawakkal dengan manusia dan tidak bertawakkal dengan Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi,
Itulah sepuluh hal yang melalaikan dan sia-sia. Di antara sepuluh hal tersebut yang paling berbahaya dari segala macam kelalaian adalah dua hal yaitu: hati yang selalu lalai dan waktu yang di sia-siakan.

Hati yang lalai akan membuat seseorang mengutamakan dunia daripada akhirat, sehingga dia cenderung mengikuti hawa nafsu. Sedangkan menyia-nyiakan waktu akan membuat seseorang panjang angan-angan.

Padahal segala macam kerusakan terkumpul kerana mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Sedangkan segala macam kebaikan ada kerana mengikuti al huda (petunjuk) dan selalu menyiapkan diri untuk berjumpa dengan Rabb semesta alam.

Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna

Rabu, 24 November 2010

Akankah Amalku Diterima?

Redaksi Al Wala’ Wal Bara’

Siapapun ingin semua amalnya diterima oleh Allah Ta’ala. Akan tetapi tidak semua orang mesti diterima amalnya, karena kenyataannya di antara mereka ada yang tidak memperhatikan amalannya, mereka beramal semaunya sendiri. Ketika ditanya: "Mengapa kamu melakukan ini?" dia menjawab: "Nggak apa-apa, yang penting niatnya." Ada juga di antara mereka yang beramal untuk mencari pujian manusia. Sebenarnya, bagaimanakah suatu amalan agar diterima di sisi Allah Ta’ala?
Tidak Akan Diterima Amalan Apapun Kecuali dengan Dua Syarat

Ketahuilah saudaraku muslim, semoga Allah memberikan hidayah kepadaku dan kepadamu agar berpegang teguh dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, bahwasanya Allah tidak akan menerima amalan apapun dari seorang muslim manapun kecuali dengan dua syarat yang mendasar, yaitu:

Syarat Pertama: Al-Ikhlaash
Yaitu amalan tersebut harus ikhlash/murni untuk Allah semata, sehingga orang yang beramal tidaklah menginginkan dengan amalannya tersebut kecuali Wajah Allah. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya):"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur`an) dengan (membawa) kebenaran. Maka beribadalah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (Az-Zumar:2-3)

Allah juga berfirman (yang artinya):"Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama." (Az-Zumar:11)

Demikian juga firman-Nya (yang artinya):"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (Al-Bayyinah:5)

Ayat-ayat tersebut dan ayat lainnya yang semakna merupakan dalil akan wajibnya ikhlash di dalam setiap amalan.

Adapun di antara dalil dari As-Sunnah adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang artinya):"Allah Ta’ala berfirman: "Aku adalah sekutu yang paling baik sehingga tidak butuh untuk disekutukan: barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang padanya Aku disekutukan dengan yang lainnya, maka aku tinggalkan dia dan amalannya tersebut." (HR. Muslim no.2985 dari Abu Hurairah)

Inilah makna dari: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

Syarat Kedua: Al-Muwaafaqah
Yaitu amalan tersebut harus mencocoki /sesuai dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang artinya): "Barangsiapa mengada-adakan dalam perkara (agama) kami ini apa-apa yang bukan darinya maka amalan tersebut tertolak." (HR. Al-Bukhariy no.2550 dan Muslim no.1718 dari ‘A`isyah)

Dan dalam riwayat lain milik Al-Imam Muslim: "Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yang tidak ada perintah kami padanya maka amalan tersebut tertolak (yaitu tidak diterima oleh Allah)."

Dan inilah makna dari: أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Orang Kafir, Diterimakah Amalannya?

Syarat-syarat yang disebutkan tadi berkaitan dengan orang Islam, adapun orang kafir maka tidak akan diterima amalannya kecuali dengan tiga syarat: yaitu dua syarat yang disebutkan tadi (ikhlash dan sesuai dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan syarat yang ketiga yaitu Islam. Inilah yang disebut dengan syuruuthu shihhah (syarat-syaratnya sahnya amalan).

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya):"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (Al-Furqaan:23)

Tiga syarat ini telah disebutkan di dalam firman Allah Ta’ala:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan dengan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Al-Kahfi:110)
• Firman-Nya: لِقَاءَ رَبِّهِ "perjumpaan dengan Rabbnya" ini adalah Islam, karena hanya orang Islam sajalah yang akan berjumpa dengan Rabbnya, yaitu di jannah.
• Firman-Nya: صَالِحًا "yang shalih" ini berarti sesuai dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, karena suatu amalan tidak dinamakan shalih kecuali dengan syarat tersebut (yaitu sesuai dengan Al-Kitab dan As-Sunnah).
• Firman-Nya: وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا "dan janganlah ia mempersekutukan dengan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya" ini adalah ikhlash.
Kesimpulan: Amalan apapun dari seorang muslim tidak akan diterima kecuali dengan dua syarat: ikhlash dan sesuai dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Barangsiapa beramal dengan ikhlash tetapi tidak berdasarkan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yaitu Al-Qur`an dan Hadits yang shahih), dalam artian beramal berdasarkan hawa nafsu atau bid’ah maka amalannya tertolak dan pelakunya berdosa. Sehingga perkatakan: "yang penting niatnya" maka ini adalah salah besar. Sebaliknya orang yang beramal sesuai dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi tidak ikhlash karena Allah seperti ingin mendapat pujian manusia dan yang lainnya maka amalannya juga tertolak dan pelakunya berdosa bahkan terjatuh pada perbuatan syirik ashghar. Kita meminta kepada Allah keselamatan.

Syarat Sempurnanya Amalan

Amal yang dilakukan dengan ikhlash dan sesuai dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan diterima oleh Allah. Akan tetapi amalan tersebut akan semakin sempurna dan tinggi nilainya apabila dilengkapi dengan dua syarat lainnya, yang dinamakan syarthaa kamaalin (dua syarat sempurnanya amalan), yaitu:

1. Memegang dengan kuat /teguh
Yakni beramal dengan sungguh-sungguh, tidak setengah-setengah dan tidak malas-malasan.
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepada kalian."(Al-Baqarah:63, 93 dan Al-A’raaf:171)

Allah juga berfirman (yang artinya):"Maka (Kami berfirman): "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya." (Al-A’raaf:145)

Dan ini berbeda dengan keadaannya orang-orang munafik karena sesungguhnya mereka tidaklah mengambil agama ini dengan sungguh-sungguh akan tetapi mereka mengambilnya (yakni melaksanakan agama ini) dengan lalai dan malas-malasan. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): "Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya` (dengan shalatnya) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya." (An-Nisaa`:142-143)

Allah juga berfirman (yang artinya): "Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan shalat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (At-Taubah:54)

2. Bersegera dalam Beramal
Yakni ketika mendapatkan kesempatan beramal maka dia bersegera melakukannya, tidak menunda-nundanya di waktu yang lain. Betapa banyak orang yang tadinya berniat beramal tetapi karena ditunda-tunda dengan mengatakan: "nanti, nanti, masih ada waktu sore/malam" lalu dia tidak jadi beramal.

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya):"Dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku." (Thaahaa:42)

Allah juga berfirman (yang artinya): "Maka berlomba-lombalah kalian (dalam berbuat) kebaikan." (Al-Baqarah:148 dan Al-Maa`idah:48)

Dan firman-Nya (yang artinya): "Dan mereka bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang shalih." (Aali ‘Imraan:114)

Juga firman-Nya (yang artinya): "Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya." (Al-Mu`minuun:61)

Dan juga firman-Nya (yang artinya): "Dan bersegeralah kalian kepada ampunan dari Tuhan kalian dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa." (Aali ‘Imraan:133)

[Lihat Bahjatun Naazhiriin, karya Asy-Syaikh Salim Al-Hilaliy 1/29]

Semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya oleh Allah Ta’ala, aamiin. Wallaahu A’lam.

Jumaat, 15 Oktober 2010

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Isnin, 16 Ogos 2010

Muslimah

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

Selasa, 10 Ogos 2010

ramadhan


RAMADHAN ADALAH KASIH SAYANG ALLAH

Sahabat Hikmah...

Karena kasih dan sayang-Nya,
Allah mengadakan bulan Ramadhan untuk kita.
Agar dosa-dosa dalam diri kita tidak menjadi beban..
Agar amal kebaikan kita lebih banyak dari amal kejelekan

Karena kita sebagai manusia tidak pernah lepas dari dosa dan salah...
Sering kita tidak bersyukur atas nikmat yang sangat banyak yang Allah berikan...
Sering kita mengikuti hawa nafsu kita dan melanggar aturan-aturan-Nya...
Sering kita mengikuti Syaitan yang dilaknat Allah...
Sering kita beribadah kepada Nya dengan tidak khusuk dan tidak ikhlas...
Sering kita lebih mementingkan yang lain daripada Allah SWT...
Amal kebaikan kita sepertinya amat sedikit yang diterima..
Tetapi amal kejelekan dan yang tak berguna sepertinya terlalu banyak

Alhamdulillaah....Puji syukur untuk-Mu Ya Allah..
Engkau menganugerahkan bulan suci Ramadhan...


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagiamana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang yang bertaqwa”. (Al-Baqoroh:183)

Dari Abu Hurairah berkata; nabi saw bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه

“Barangsiapa yang puasa karena iman dan berharap pahala dan ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.

Rasulullah SAW bersabda:
"Antara sholat fardlu dengan sholat fardlu, antara jumat dengan jumat dan antara Ramadhan dengan Ramadhan itu menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar ditinggalkan."

Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung,
Bulan penuh berkah, didalamnya ada malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Siapa yang beramal pada malam itu maka nilainya lebih baik dari amalan 1000 bulan

Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamul lailnya sunnah.

Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan,
maka seperti mendekatkan diri dengan kewajiban di bulan yang lain.

Siapa yang melaksanakan kewajiban,
maka seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain.

Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah surga.

Bulan solidaritas, dan bulan ditambahkan rizki orang beriman.

Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa,
maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka
dan mendapatkan pahala seperti orang orang yang berpuasa tersebut
tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun.


Sahabat Hikmah...

Ramadhan telah tiba sebagai bulan panen bagi setiap hamba

Untuk membersihkan hati dari berbagai kerusakan dan dosa

Maka dari itu tunaikanlah hak-haknya; baik ucapan dan perbuatan

Dan carilah bekalmu untuk hari depan; ambil dan perbanyaklah

Bagi siapa yang menanam benih namun tidak menyiraminya

Niscaya akan menyesal disaat hari panen


Selamat menunaikan IBADAH RAMADHAN...
Semoga tujuan berpuasa menjadi insan bertaqwa akan tercapai. Amin

Wassalam

Selasa, 29 Jun 2010

apa erti sahabat???


APA ERTINYA SEBUAH PERSAHABATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
Persahabatan didefinisikan sebagai satu ikatan yang kukuh diantara manusia yang bukan mahram. Pasti semua manusia dimuka bumi ini mempunyai sahabat tidak kira hanya seorang, dua mahupun lebih dari itu. Sahabat merupakan seorang yang dapat kita meluahkan segala masalah. Sahabat juga adalah seorang yang dapat bersama dengan kita tidak kira diwaktu susah mahupun senang. Walaubagaimanapun untuk menghadirkan seorang sahabat yang sejati bukannya mudah seperti yang disangka. Kita tanya diri kita sendiri, adakah kita boleh menjadi sahabat kepada seseorang ataupun hanya seorang kawan yang tidak selalu berada disisi. Itulah jawapannya, bukan mudah untuk bersahabat. Suatu perjuangan lebih kuat dilakukan berkumpulan bukannya berseorangan bak kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh

Selasa, 25 Mei 2010

cauple


COUPLE ….. INGIN PENERANGAN?
berkate tntg soal ni..saye ingin berkongsi ilmu yang saye ade..mudahan dapat mmbantu korang..



KEINGINAN untuk cinta orang lain dan rase dicintai...

mmg la naluri setiap antara kite. Ia akan tetap begitu...lelaki akan tertarik pade perempuan dan perempuan pun same. samade orang tu dah lame kite kenal, atau baru je jumpe, naluri tu tetap ade. mgkn atas pelbagai sbb: die baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni..mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia...jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah mengawalnye.

SALAH ke kalo suke kat seseorang?

takdela..mane ade salahnye..dah rase cinta tu..Allah yang bagi. tak salah menikmatinye. kalo tak, takkan adenye yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanye. tak salah kite suke, sayang, rindu kat seseorang...tapi, kesalahan2 yang dilakukan semase bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk..berangan2kan orang tu, lebihkan die lebih dari Allah..satu care je nak jamin kite tak buat kesalahan..camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat ape2 saje demi die..tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kite..nak buat pape, Allah mesti kite consider. walaupun terpakse berpisah dgn awek/pakwe kite. mane lebih penting..cinta kite pade kekasih kite yang amat kite sayangi atau cinta kite pade tuhan kite (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kite?

TAPI...aku sayang sangat kat die.......

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

tula...nak tahan, mmg la susah. tapi, korang bacela hadis ni n renungla...pasti korang takkan ragu2 untuk memutuskan cinta (pade kekasih) untuk CINTA (pade Allah). Allah tak pernah dan tak akan mungkir janji. pernah dgr kisah pade zaman dahulu tntg seorang ayah yang berpihak pade Islam dan seorang anak yang berpihak pade musuh islam?

camni..dalam perang badar, Saydina Abu Bakar r.a. yang berpihak Islam berperang dgn musuh Islam termasuklah anaknye yang pade ketika tu tak masuk islam lagi. waktu perang sedang berlaku, anaknye selalu elak dari bertembung dgn ayahnya. takut2, die terpakse bertaruh dgnnya.
lepas beberape thn berlaku perang tu,
anak Abu Bakar ni telah peluk Islam dan luahkan isi hati die "ayah, waktu perang badar, anakanda slalu elak dari bertembung dgn ayahanda sebab anakanda sayang ayah walaupun beza kenyakinan"
ape yang Abu Bakar jawab?
"demi Allah, kalo ayah bertemu dgn kamu, pasti ayah tak teragak2 untuk pancung kepalamu"
tu la CINTA Abu Bakar pade Allah...sampai sanggup bunuh anaknya sebab anaknye tak percaye pade Allah dan menyekutukanNya.
kgkwn...untuk dapat CINTA, kite kene korbankan cinta. percayelah, setiap perbuatan korang untuk mengelak dari yang tak baik (couple terutamenye), Allah takkan sia2kan pengorbanan dan ketaatan korang.

dalam ayat Al-Quran...

"sesungguhnye sume kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu.." [11:114]

"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]


itu sajela yang dpt saye kongsi buat kali ni..kalo ade mase lagi, saye akan tulis lagi.
saye harap, dgn ape yang saye tulis ni sebagai peringatan bagi saye dan pengajaran bagi yang lain.