BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 26 April 2010

Rahsia wanita


30 Rahsia Wanita...=)
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. -->setuju
2.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. -->setuju
3.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). -->hmm..quite agree
4.
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. -->setuju
5.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! -->x pasti, ye ke??
6.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. -->yeke?
7.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. -->yep betul tuh,tp utk si wanita jgnla lakukan apa saja benda2 yg negatif,anggaplah mungkin dia bukan terbaik utk kita,dan kembalikan semuanya kepada Allah.
8.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. -->setuju
9.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. -->setuju
10.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. -->ni mmg setuju sgt,jgn sekali2 si lelaki ingat mereka ni bagus sgt! ok..
11.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. -->be cool guyz!
12.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya enghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. -->ish btol ke? huh, cm gedik plak cm tuh.. =p
13.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. -->maybe =), senyum itu sedekah..
14.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. -->yupz,haah btol, slow n steady...
15.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. -->kdgkala dia menolak atas sebab menjaga syariat & maruah dirinya,jadi gunelah alternatif lain
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. -->usaha sambil berdoa dan bertawakkal kpd Allah..
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! -->sorohah ahsan!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. -->hmm..maybe kot..tapi perlu diingat segala pertemuan & perpisahan tu milik Allah,Allah telah mberi peluang pd kita utk lebih mngenali ciri2 manusia yg pelbagai nih agar mjadikan kita lbh dewasa & matang..
16.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. -->ceh siap nk beromantik,klu utk org yg dh kawin sesuaila,sblm kawin mcm2la sibukla nk berpegangan tgn,konon romantik giler cam diorg je yg de couple,tp bile dh kawin hampeh je
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. -->ahaks!ni zaman skola la..
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! -->yep,that's right 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. -->mmg tak disangkalkan
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. -->lelaki camni mmg pengecut,kalau nak, pi la tackle trus ke orgnya la kn..
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. -->cinta yg sebetulnya adala di mana 2 jiwa yg saling merindui kerana Allah dalam mencapai keredhaanNya dan mencintai yg SATU,di situla selayaknya hati keduanya bertemu
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. -->kerana ALLAH...
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. -->fuyyo!! btol ke nih?
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… -->tapi kalo nak wat main2 tu takyahla,jgnla mainkan perasaan wanita nih,coz sekali hati mereka dicalit luka,amat payah utk disembuhkan,so pd wanita juga,jgn cepat sgt tpedaya k
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. -->exactly!!!

Rabu, 21 April 2010

renungan


hakikatnya....seseorg hamba yang memahami erti cinta sejati terhadap lawan jenisnya adalah hanya org2 yg memiliki kemampuan berfikir.. cuba perhatikan potongn firman Allah di bawah..

"dan antara ayat2(keterangan)Nya juga,bahawa Allah mnjadikan isteri bgmu, yg sebangsa dgnmu, supaya kamu boleh kamu diam(mengalami hidup yg tenang dan damai)bersama-sama dia,serta berkasih sayang. sesungguhnya yg demikian itu menjadi ayat(keterangan) bagi kaum yg berfikir"

(ar rum:21)

pada firman di atas, Allah menegaskan bhw Dia mencipta "Azwajan"yg bermakna isteri utk hidup aman n tenteram. kenapa Allah tidak mengatakan "Nissaan" atau "Imraatan" yg bererti "wanita" atau "perempuan" pada firmanNya yg suci di atas? Nyatalah disini,bhw kasih syg n perasaan cinta seorg lelaki hnya dibenarkn kpd isterinya shj.. begitulah sebaliknya..

Ini menggambarkan Islam mengajarkan "bernikah dahulu baru bercinta" .namun, islam tak melarang pemeluknya utk merisik seseorg utk dijadkan isteri melalui cara dan etika yg dibenarkan..sprti melihat wajah n tapak tgn..


sekarang,bagaimana syaitan menyalah gunakan cinta antara lawan jenis atau sesuatu pasangan yg hendak bernikah? dinafikan atau tidak,pada zaman ini rmi yg terperangkap pada jerat syaitan. dah ramai psgn muda mudi bahkan remaja yg belum ada sebarang ikatan dah berani saling berpandangn penuh nafsu, berpelukan...malah sehingga ke peringkat perhubungn seks.

remaja belasan tahun rata2 telah mengenal apa itu boyfren and girlfren..bahkan ada yg rasa malu jika mereka x ada teman istimewa..sesungguhnya makar syaitan telah menjadikan kehidupan manusia terbalik 100 darjat..

syaitan melalui teori psikologi cinta yg diciptakan manusia kini mengilhamkan aliran pemikiran keji di sisi syarak. seperti pendapat yg mengatakan bhw rasa cinta adalah salah satu tabiat manusia yg normal dan wajar,oleh itu hendaklah perasaan itu diluahkan menerusi sikap2 romantik spti berpegangan tgn, berpelukan dn yg related dgnya.

mengenai percintaan sebelum nikah pula, ada seorg ilmuan barat pernah berkata..."how can i love a person whom i dont know?how can the person love me if he does not know me?" pernyataan itu sedikit sebanyak ada benarnya.. tapi apa yg sngt dikesalkan adalah hampir keseluruhan remaja mentafsirkan bhw "org yg nak bernikah mestilah berkenalan n bercinta dulu". sebagai akibtnya,mereka bergaul bebas sblm ape2 ikatan dgn alasan utk saling memahami,menyesuaikan diri sesama mereka demi keserasian hbgn mereka stlh berkahwin.bukankah ini sgt bercanggah dgn isyarat Allah dlm surah Al-Rum ayat 21?

seterusnya, syaitan akan pasang perangkap pada semua anggota tubuh bdn manusia dan bahkan Ia berjalan hilir mudik searah dgn peredaran darah manusia. menurut bisikan syaitan, terdapat beberapa cara utk meluahkan perasaan antara lawan jenis.mulai dgn hujung rambut ke hujung kaki..dgn demikian, ia mengajar bagaimana cara memikat melalui mata,suara,kecantikan,raut muka,cara berpakaian dan byk lagi..

renungkanlah..di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..

Rabu, 14 April 2010

kehidupan


life is difficult to be interpreted ..
Measures to be put across the heart ..
a friend is hard to find ...
love hard earned ...
sometimes people who are extremely dear to you who never expressed love for you because they are afraid you turn and remove ..
and at a time when he disappeared from sight you will realized that he is extremely loving human soul
sometimes we hate people who most likely is a person who reaches out to help us
when we need it .....

Khamis, 8 April 2010

Sahabat


PETUA MEMILIH

S-eorang yang memahami

A-llah sebagai matlamat utama

H-alus (baik) budi pekertinya (akhlaknya)

A-kal dan hati yang sefikrah

B-erpisah dan bertemu kerana Allah

A-da di kala susah dan senang

T-erus mendoakan kesejahteraan di dunia
dan akhirat serta menegur kesilapan demi
kebaikanmu, hanya kerana Allah...

Khamis, 1 April 2010

توفي المادة 10 بسبب القلب



كنت أؤمن بالله ، ولكنك لا يؤدون اليمين.

أنت تقرأ كتاب الله (القرآن) ، ولكنك لا تفعل ذلك.

تعلمون الشيطان لكم عدو ، ولكن هل لا تزال تأخذ على أنها رفيقة.

تدعون تحب رسول الله ، ولكن يمكنك ترك السنة ونظامها.

كنت تعتقد ويفكر في السماء ، ولكن لم تقم للحصول عليه.

أنت تقر وتعتقد ، والخوف من الجحيم ، ولكنك لا تزال الخطيئة.

كنت تعتقد أن الموت هو أن يحدث ، ولكنك لا تعد بالنسبة لهم.

كنت تأخذ دائما أشياء سيئة الآخرين يعرفون ذلك ، ولكنك تنسى أن تأخذ من الأشياء الخاصة بهم الشر.

كنت تأكل الأشياء التي الله عنه ، ولكنك أبدا تقديم الشكر.

كنت دائما إرسال القتلى إلى القبر ، ولكن هل تعلم أبدا.

Cinta Jalan Murni Kesyurga


Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni:

1. Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain;
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan
3. Benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya.

FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikanNya
cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda
bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat keputusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan ini adakalanya tersembunyi di sebalik alam bawah sedar kita dan ini amat menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya.

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang.

Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai?
Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah, dan asas dalam agama.Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.
Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan dengan lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikan makna sebenar cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

Oleh yang demikian, renungilah sebentar hakikat kehidupan kita di sini.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu
sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri."
Juga sabda Rasulullah lagi, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah." (HR Hakim dari Abu Hurairah).