BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 20 Februari 2010

Wanita islam mithaliah


> Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara dari kebahagiaan (yang
> membahagiakan) adalah : wanita (isteri) yang saleh, tempat tinggal yang
> lapang, tetangga yang soleh dan kenderaan yang baik.
>
> Manakala empat perkara dari nasib malang adalah : tetangga yang
> jahat, wanita (isteri) yang buruk (perangainya), kenderaan (yang sering)
> rosak dan tempat penginapan yang sempit."
>
> Dan dalam sabda baginda yang lain :"Dunia semuanya adalah perhiasan,
> sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang soleh."
>
> Bagi seorang pemuda Islam, wanita Islam mithaliyyah adalah merupakan
> impiannya. Ia bercita-cita untuk mendapatkan seorang suri rumahtangga yang
> mempunyai empat ciri-ciri iaitu cantik rupawan, hartawan, bangsawan dan
> berpegang teguh kepada ajaran agama. Tetapi angan-angan ini jarang dapat
> terlaksana, sebab wanita yang memenuhi empat ciri ini terlalu sukar untuk
> ditemui.
>
> Seorang pemuda akan menyia-nyiakan umurnya sampai tua untuk mencari
> Kibrit Al Ahmar seperti ini. Tidak ada pilihan melainkan terpaksa tunduk
> pada realiti. Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam memilih jodoh,
> dipilih
> wanita yang Zatu Addin yang berpegang teguh kepada agama. Inilah yang
> boleh
> membawa keberkatan kepada seseorang lelaki.
>
> Rasulullah SAW bersabda : "Dunia ini semuanya perhiasan. Sebaik-baik
> perhiasan dunia ini adalah wanita (isteri) yang soleh. " Beliau
> menerangkan
> lagi dalam sabdanya : "Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana
> hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,
> maka pilihlah yang (kuat) beragama nescaya kamu beruntung."
>
> Menurut Rasulullah SAW, ini menunjukkan bahawa mithaliyyah yang
> dimaksudkan ialah wujudnya sifat-sifat yang terpuji dan mulia dari sudut
> pandangan Islam dalam diri wanita yang bersangkutan. Ciri-ciri keunggulan
> itu dinilai dan diukur dengan kriteria Islam atau Islamic World View yang
> selaras dengan nas-nas syarak.
>
> Memang kesempurnaan peribadi Insan Kamil seperti Rasulullah SAW itu
> suatu yang sukar atau mustahil dicapai. Akan tetapi tingkat yang paling
> hampir mendekati kesempurnaan mungkin boleh menjadi ikutan bagi insan.

0 comments: